Thursday 1 December 2011

::kemanisan kata

ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah keberhasilan,dan sesiapa yang
terus berzikir,sentiasa beristighfar dan memperbanyak doa,
maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh

sebaik baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai
anda rasa damai dengannya,anda dapat mengadu kesusahan
andaa kepadanya,ia dapat menceritakan kepada anda
kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda

jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar
daripada apa yang anda rasakan saat ini,supaya anda
tidak kehilangan apa yang anda miliki saat
 ini.dan jangan tunggu tunggu musibah yang akan datang,
kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat
datangnya kesusahan dan kesedihan.

jangan sangka bahawa anda akan  diberikan
anugerah dalam segala hal,tetapi yakinlah
bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan.
sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan
mendapat seluruh anugerah dan pemberian,
maka hal itu adalah mustahil....

Wanita yang cantik lagi takwa,rumah
yang luas,rezeki yang cukup,dan tetangga
yang soleh adalah kenikmatan yang kurang
disedari oleh kebanyakan manusia...

Kemampuan melupakan hal-hal yang
tidak disenangi adalah suatu nikmat,
mengingat nikmat-nikmat adalah kebaikan,dan tidak
memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan

Memberi maaf adalah lebih lazat daripada
membalas dendam,bekerja lebih nikmat daripada menganggur,qanaah
lebih bernilai daripada harta,dan kesihatan lebih
baik dari kekayaan~

Bersendirian itu lebih baik daripada  kawan
yang jahat,dan kawan yang soleh lebih baik
daripada bersendirian,uzlah adalah ibadah,sementara
berfikir adalah ibadah dalam bentuk yang lain..

No comments: